Friday, September 11, 2009

Klinik Sains

Dalam usaha membantu para pelajar, JMSK telah menganjurkan Klinik Sains pada 4 September yang lalu. Untuk tujuan ini, lima orang pelajar dari setiap kelas telah dipilih untuk sebagai peserta. Para pelajar telah dibahagikan kepada 14 kumpulan dan setiap kumpulan dibimbing oleh seorang fasilitator.

Klinik Sains ini telah dijalankan di enam stesen sekitar JMSK dan UIDM bermula jam 3.00 hingga 5.00 petang.

Program ini diharap dapat membantu para peserta untuk meningkatkan penguasaan dalam kursus Sains Juruteknik. Walau bagaimanapun, pelajar yang tidak terpilih menyertai program ini disarankan agar mengambil peluang untuk berjumpa pensyarah di luar waktu kuliah.

Tahniah kepada para fasilitator terutamanya kepada En. Piara yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini. Tahniah juga kepada peserta yang hadir.

Berikut sebahagian gambar-gambar menarik semasa klinik sains :



Para pelajar tekun menyelesaikan soalan latihan yang diberi.








En. Shafirol sebagai salah seorang fasilitator.











Pn Rohani tetap menunaikan tanggungjawab sambil memakai mask sebagai langkah berjaga-jaga.









Para peserta sedang khusyuk mendengar penerangan dari Pn Hanim.





" Walaupun penat dan mengantuk, kugagahi jua..... "

Cik Saadah : Kan saya dah terangkan tadi! Awak nak kena penampar??
Pelajar 1 (berbaju merah) : Sabar Cik.. sabar.... bulan puasa ni...
Pelajar 2 (yang nampak jari je) : Padan muka hang... kena marah... hehehe