Thursday, January 14, 2010

Hanim and Hafiz Farewell....

Untuk tahun 2010 ini, JMSK kehilangan 2 orang staf yang berdedikasi iaitu Pn Noor Rulhanim Mohamad Ariffin dan En Mohd Hafiz Abdul Halim. Hanim Berpindah ke PSMZA manakala Hafiz berpindah jabatan, ke Jabatan Perdagangan, PSP.






Seluruh warga PSP mengucapkan selamat maju jaya untuk anda berdua. Jangan lupakan kenangan indah di JMSK, PSP...!

Cabaran Matematik, Sains, Komputer dan Pengetahuan Am @PSIS

Berlangsung pada 23 November 2009, 3 orang pelajar PSP telah menyertai Cabaran Matematik, Sains, Komputer dan Pengetahuan Am Inter Politeknik (fuhh panjangnya nama) anjuran Politeknik Sultan Idris Shah. 



Peserta PSP terdiri daripada Chien Chee Wei, Tan Keang Aik dan Nur Asyikin Zainul Abidin, ketiga-tiganya dari JKM. Pemilihan pelajar dibuat berdasarkan saringan kuiz dan permainan komputer diperingkat PSP.

Cabaran ini terdiri daripada 2 kategori iaitu kuiz matematik, sains dan pengetahuan am serta permainan komputer 'bloxorz'. Kategori kuiz dijalankan secara bertulis dan Chien Chee Wei telah mendapat hadiah saguhati. Bagi kategori permainan komputer, ia dijalankan secara berkumpulan. PSP berjaya menyempurnakan 33 'level' permainan ini dalam masa terpantas dan sukar ditandingi iaitu 16 minit  49 saat tanpa sebarang kesilapan / kejatuhan blok.



Namun, terdapat sedikit kekeliruan dari segi kaedah pemarkahan di mana pihak urusetia memutuskan bahawa hanya bilangan langkah yang dikira dan kesilapan/kejatuhan blok tidak mendapat apa-apa penalti. Dengan itu, PSP terpaksa akur dengan keputusan tempat kedua bagi kategori permainan komputer 'bloxorz'.

Tahniah buat PSP!












Mathematics Outdoor Workshop

Program ini telah berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu, 21 November 2009 di sekitar PSP. Para peserta telah dibahagikan kepada 10 kumpulan dan setiap kumpulan perlu menyelesaikan aktiviti disetiap 5 'checkpoint' yang ditetapkan. Di akhir program, setiap kumpulan perlu membuat pembentangan tentang salah satu topik yang telah dijalankan.
Seramai 10 orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang cemerlang turut membantu melancarkan perjalanan program.

Berikut sebahagian gambar semasa program berlangsung.




Fasilitator sedang memberi penerangan kepada peserta.

Percubaan menyelesaikan persamaan serentak menggunakan kaedah timbangan berat??



Nak cari sudut dalam bulatan .. atau nak main sepak raga??




Macam mana nak susun ni....
Dah susun, kena cari jumlah isipadu pulak....







Gula- gula untuk belajar.. bukan untuk dimakan


"... bila la aku boleh makan gula-gula dlam tu..."



Tengok ni... saya dah pandai selesaikan persamaan serentak!!



Dengar betul-betul ye kawan-kawan...