Wednesday, December 28, 2011

kelas akan bermula!!

macamana persediaan untuk semester ini ye kawan-kawan? seronok tak nak masuk kelas? bagi yang mengajar JKM, esok akan mula kelas terutama kelas semester 1. so, dah ready nak ajar apa? jangan lupa bawa slide " Introduction of Application Computer".. Good Luck untuk semester ini !!



Hope kita dapat menjadi pensyarah yang boleh mendidik anak bangsa dengan jayanya..amin.. :)

Friday, December 23, 2011

semester baru disember 2011

salam semua..setelah lama kita semua tidak menjejakkan kaki di blog kita ni kan kerana masing-masing sibuk dengan pelbagai urusan sepanjang semester Jun 2011 yang telah berlalu. jadi di kesempatan ini, saya ingin bercerita sedikit tentang gotong royong yang telah dijalankan semalam. pada kali ini, suasana gotong royong sangat simple tetapi menarik. masing-masing mengambil bahagian dalam acara mencantikkan pejabat. unutk suasana di pejabat pensyarah 2, en.fairul dan en.ku adnan mengambil bahagian sebagai juru gerudi. mereka telah mengerudi dinding untuk meletakkan cermin, jam, kotak kunci dan gambar-gamabr untuk bilik pensyarah 2 dan di dalam semua makmal komputer dan makmal sains. terima kasih diucapkan kepada juru gerudi kita ini. dan juga terima kasih untuk semua yang terlibat dalam menjayakan program gotong royong pada kali ini.em, kita juga telah mengubahsuai satu bilik stor JMSK 3, di mana ia telah pun menjadi surau pelajar perempuan bagi memudahkan pelajar perempuan mendirikan solat terutamanya solat zohor. insyaAllah, apa yang diniat dengan baik, dapat digunakan sebaiknya.Amin..



ini kenangan gambar dulu-dulu..gambar terbaru masih belum di upload lagi ye.. :)

Thursday, October 13, 2011

minggu yg sgt sibuk...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Dh lama blog ini tak berupdate..masing2 sibuk dgn tugasan hakiki...dgn validasi...audit...MQA...macam2la...

Ape2 pun selamat berjuang kepada semua..doa kami, semua warga JMSK semoga anda berjaya dan dapat naik pangkat...hihi....

Friday, February 18, 2011

Larii!!!!!!!!

JMSK gempar seketika bila Bilik Pensyarah 2 tiba-tiba dikunjungi seekor ular tedung liar. Sesat agaknya.....

Kewujudan ular tersebut disedari oleh Pn Farrah Waheda yang masuk ke surau untuk solat zohor. Ular yang mungkin sedang nyenyak tidur dalam surau yang berhawa dingin itu terjatuh di atas kaki Pn Farrah dan bermulalah saat-saat kekecohan di JMSK. En Ku Adnan dan En Fairul cuba menjadi hero dengan menggeledah keseluruhan surau bagi mencari tempat persembunyian ular tersebut. Malangnya ular itu turut cuba menyelamatkan dirinya dan bertindak masuk ke kawasan meja pensyarah. Keadaan ini mengakibatkan semua pensyarah yang ada dipejabat ketika itu lari bertempiaran bagi menyelamatkan diri. Tidak diketahui siapakah yang sebenarnya menyelamatkan diri dari siapa, ular atau manusia.

Untuk keselamatan, En Fairul meminta bantuan JPA3 untuk menyelesaikan masalah tersebut. Setelah penat menunggu, akhirknya 5 orang pegawai JPA3 dengan peralatan yang lengkap tiba pada jam 1.55petang. Dalam tempoh kurang 20 minit, ular tersebut berjaya ditangkap dan JMSK kembali tenang..... (walaupun masih ada lagi saki baki ophidiophobia/snakephobia...) Harap2 takdela sedara mara yang tertinggal hehehe... berikut gambar yang sempat dirakam dalam keadaan ketakutan :-)


Menunggu JPA3.....


Surau yang dilanggar garuda ular


Ketibaan JPA3 disambut oleh En Fairul dan En Ku Adnan


Mari Mencari Ular....


Tolong! Tolong! Jangan cekik saya...

Inilah hasil tangkapan hari ini...