Thursday, January 14, 2010

Hanim and Hafiz Farewell....

Untuk tahun 2010 ini, JMSK kehilangan 2 orang staf yang berdedikasi iaitu Pn Noor Rulhanim Mohamad Ariffin dan En Mohd Hafiz Abdul Halim. Hanim Berpindah ke PSMZA manakala Hafiz berpindah jabatan, ke Jabatan Perdagangan, PSP.






Seluruh warga PSP mengucapkan selamat maju jaya untuk anda berdua. Jangan lupakan kenangan indah di JMSK, PSP...!

Cabaran Matematik, Sains, Komputer dan Pengetahuan Am @PSIS

Berlangsung pada 23 November 2009, 3 orang pelajar PSP telah menyertai Cabaran Matematik, Sains, Komputer dan Pengetahuan Am Inter Politeknik (fuhh panjangnya nama) anjuran Politeknik Sultan Idris Shah. 



Peserta PSP terdiri daripada Chien Chee Wei, Tan Keang Aik dan Nur Asyikin Zainul Abidin, ketiga-tiganya dari JKM. Pemilihan pelajar dibuat berdasarkan saringan kuiz dan permainan komputer diperingkat PSP.

Cabaran ini terdiri daripada 2 kategori iaitu kuiz matematik, sains dan pengetahuan am serta permainan komputer 'bloxorz'. Kategori kuiz dijalankan secara bertulis dan Chien Chee Wei telah mendapat hadiah saguhati. Bagi kategori permainan komputer, ia dijalankan secara berkumpulan. PSP berjaya menyempurnakan 33 'level' permainan ini dalam masa terpantas dan sukar ditandingi iaitu 16 minit  49 saat tanpa sebarang kesilapan / kejatuhan blok.



Namun, terdapat sedikit kekeliruan dari segi kaedah pemarkahan di mana pihak urusetia memutuskan bahawa hanya bilangan langkah yang dikira dan kesilapan/kejatuhan blok tidak mendapat apa-apa penalti. Dengan itu, PSP terpaksa akur dengan keputusan tempat kedua bagi kategori permainan komputer 'bloxorz'.

Tahniah buat PSP!












Mathematics Outdoor Workshop

Program ini telah berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu, 21 November 2009 di sekitar PSP. Para peserta telah dibahagikan kepada 10 kumpulan dan setiap kumpulan perlu menyelesaikan aktiviti disetiap 5 'checkpoint' yang ditetapkan. Di akhir program, setiap kumpulan perlu membuat pembentangan tentang salah satu topik yang telah dijalankan.
Seramai 10 orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang cemerlang turut membantu melancarkan perjalanan program.

Berikut sebahagian gambar semasa program berlangsung.




Fasilitator sedang memberi penerangan kepada peserta.

Percubaan menyelesaikan persamaan serentak menggunakan kaedah timbangan berat??



Nak cari sudut dalam bulatan .. atau nak main sepak raga??




Macam mana nak susun ni....
Dah susun, kena cari jumlah isipadu pulak....







Gula- gula untuk belajar.. bukan untuk dimakan


"... bila la aku boleh makan gula-gula dlam tu..."



Tengok ni... saya dah pandai selesaikan persamaan serentak!!



Dengar betul-betul ye kawan-kawan...


Monday, December 28, 2009

after a long while.....

Sorry for the long silence. Work are everywhere, there and then... hmmm...
New year is coming. Hopefully it comes with great aspiration too...
But please, let us review what we've missed...


KLINIK SAINS 2 - October 16, 2009

As Klinik Sains 1, students are divided into groups, each with different facilitator.

Listen and concentrate to Pn Norita's explanation.


Cramped in small room.. but with big heart to gain success...




MATHEMATICS OUTDOOR WORKSHOP  November 21, 2009
One big event, handled by JMSK to change the way of teaching mathematics. Students are exposed to real activity that involved mathematics to improve their understanding.
... read more on this Workshop in next post :)



Friday, September 11, 2009

Klinik Sains

Dalam usaha membantu para pelajar, JMSK telah menganjurkan Klinik Sains pada 4 September yang lalu. Untuk tujuan ini, lima orang pelajar dari setiap kelas telah dipilih untuk sebagai peserta. Para pelajar telah dibahagikan kepada 14 kumpulan dan setiap kumpulan dibimbing oleh seorang fasilitator.

Klinik Sains ini telah dijalankan di enam stesen sekitar JMSK dan UIDM bermula jam 3.00 hingga 5.00 petang.

Program ini diharap dapat membantu para peserta untuk meningkatkan penguasaan dalam kursus Sains Juruteknik. Walau bagaimanapun, pelajar yang tidak terpilih menyertai program ini disarankan agar mengambil peluang untuk berjumpa pensyarah di luar waktu kuliah.

Tahniah kepada para fasilitator terutamanya kepada En. Piara yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini. Tahniah juga kepada peserta yang hadir.

Berikut sebahagian gambar-gambar menarik semasa klinik sains :



Para pelajar tekun menyelesaikan soalan latihan yang diberi.








En. Shafirol sebagai salah seorang fasilitator.











Pn Rohani tetap menunaikan tanggungjawab sambil memakai mask sebagai langkah berjaga-jaga.









Para peserta sedang khusyuk mendengar penerangan dari Pn Hanim.





" Walaupun penat dan mengantuk, kugagahi jua..... "

Cik Saadah : Kan saya dah terangkan tadi! Awak nak kena penampar??
Pelajar 1 (berbaju merah) : Sabar Cik.. sabar.... bulan puasa ni...
Pelajar 2 (yang nampak jari je) : Padan muka hang... kena marah... hehehe

Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan Al Mubarak....

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan hayatilah ia dengan penuh keinsafan....

Wednesday, August 19, 2009

Sesi Bergambar Bersama KJ

Sesi Bergambar sempena Pn Hawariah menerima Sarjana Sains Komputer dari USM. Tahniah Pn Hawa!
* Gambar1
Duduk dari kiri : Shu Haila, Hafizan , Pn Hawariah, Zuraina, Rohana.
Berdiri dari kiri : Mohd Hafiz, Siti Mariam, Mohd Shafirol, Rafizah, Khairulnizan, Noor Rulhanim, Norita, Nurul Syamshida, Azurani, Anis Safinaz, Leila, Nor Saadah, Nur Azilina, Zakiah, Siti Farrah, Sarah, Noor Idawati, Norkiah.




* Gambar2
Duduk dari kiri : Shu Haila, Hafizan , Nurul Syamshida, Zuraina, Rohana.
Berdiri dari kiri : Khairulnizan, Noor Idawati, Noor Rulhanim, Zakiah, Siti Mariam, Norkiah, Azurani, Nur Azilina, Mohd Hafiz, Pn Hawariah, Norita, Sarah, Leila, Anis Safinaz, Siti Farrah, Rafizah, Mohd Shafirol, Nor Saadah.