Monday, April 23, 2012

Belated Birthday

 Aiyok~

Ada orang lupa nak update blog...

Sibuk siapkan markah PB sampai lupa nak wish birthday Kak Nisa' 


HAPPY BELATED BIRTHDAY KAK NISA'!!!

semoga panjang umur dan murah rezeki

AMIN....

Monday, April 16, 2012

Today's Birthday - Kak Ras

HAPPY BIRTHDAY KAK RAS!!!


Wishing you only the best on your special day.

Friday, April 6, 2012

MAKLUMAN PERGERAKAN STAFF

Dimaklumkan bahawa staf JMSK iaitu En Ahmad Sani b. Aman telah bertindak sebagai pegawai pengiring ke Kejohanan Liga Hoki MSP 2012 Div 1(Sirkit 1) di Ipoh pada 15-19 Mac 2012.

Thursday, March 29, 2012

Program Menuju Sinar Kecemerlangan.

pendaftaran

alhamdulillah, sambutan yang menggalakkan

kaunselor jemputan
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

    Pada 28 mac yang lalu, JMSK telah menganjurkan program motivasi yang di beri nama program menuju sinar kecemerlangan khusus untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan  yang rendah dalam ujian satu untuk subjek matematik dan  sains.

    Bertempat di Dewan Seri Mutiara Psp, kursus ini berjalan dari pukul tiga sehingga enam petang. Dua orang penceramah iaitu En. Harun bin Hj. Yaakub dan En. Khairul Anuar bin Ismail telah dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada pelajar. Program ini bermula dengan pendaftaran para pelajar seawal jam 2.30 petang sehingga jam 3 petang. Kemudian jam 3.00 petang penceramah pertama memulakan sesi di ikuti dengan penceramah kedua pada pukul 5.30 petang. Masa rehat selama 15 minit telah di peruntukkan di antara kedua-dua sesi untuk pelajar minum petang. Juadah makan malam juga disediakan untuk pelajar.

    Motivasi untuk belajar sangat perlu untuk pelajar meneruskan pengajian mereka.  Tanpa semangat dan motivasi yang tinggi, pelajar mengambil sikap sambil lewa dalam mengadapi pepeeriksaan seterusnya mendapat markah yang tidak memuaskan. Jika perkara ini berterusan para pelajar mungkin akan gagal dan mengadapi kemungkinan mengulang semula pengajian untuk subjek yang mereka ambil atau dibuang pengajian. Justeru program ini diadakan bertujuan untuk membantu menaikkan motivasi dan semangat para pelajar untuk memperbaiki prestasi mereka dalam pelajaran. Ini seterusnya membantu boleh mereka mendapat markah yang lagi baik untuk ujian yang seterusnya serta untuk peperiksaan akhir nanti.

    Pelbagai langkah telah diambil untuk menarik minat pelajar supaya datang ke program ini. Selain mewajibkan kedatangan mereka, juadah makan malam percuma berupa nasi ayam turut menjadi penggalak untuk mereka hadir. Selain itu markah PB sebanyak 5 peratus akan diberikan bagi mereka yang hadir manakala 5 peratus daripada markah PB akan dipotong bagi mereka yang tidak hadir.

    Secara keseluruhannya program ini telah berjalan dengan lancar. Walaupun masih terdapat pelajar yang tida hadir, namun masih ramai juga jumlah yang hadir. Di harapkan program ini dapat membantu pelajar bagi menghadapi peperiksaan akhir yang bakal tiba tidak lama lagi.  

Sekian laporan dari ajk bertugas.

Monday, March 26, 2012

KURSUS APLIKASI KOMPUTER DAN BENGKEL PEMBANGUNAN ITEM PB BC101

TAJUK : KURSUS APLIKASI KOMPUTER DAN BENGKEL PEMBANGUNAN ITEM PB BC101


TARIKH : 20-22 FEBRUARI 2012

TAJUK : KURSUS GEOGEBRA DAN BENGKEL PEMURNIAAN ITEM PB MATEMATIK

TARIKH : 23-24 FEBRUARI 2012

TEMPAT : MAKMAL G1, JMSK, PSP

MASA : 8.30 PAGI – 5.00 PETANG





Pada 20 – 22 Februari 2012, semua staf JMSK telah menyertai KURSUS APLIKASI KOMPUTER DAN BENGKEL PEMBANGUNAN ITEM PB BC 101. Kursus yang diadakan selama 3 hari ini bertujuan untuk memantapkan lagi penggunaan komputer di kalangan pensyarah terutamanya bagi Microsoft Office Project Management, GIMP dan juga Audacity. Kursus ini telah berjaya meningkatkan pengetahuan pensyarah terhadap aplikasi tersebut. Pada hari ketiga kursus, turut diadakan bengkel Pembangunan Item PB BC101. Dalam bengkel ini, pensyarah-pensyarah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan mendapat satu topik bagi kursus Computer Application. Setiap kumpulan telah membina ‘latihan di dalam makmal’ yang spesifik mengikut setiap jabatan di PSP ini. Kursus ini telah berlangsung dengan jayanya dengan kerjasama dari semua staf JMSK yang komited.




Manakala pada 23-24 Februari, semua staf JMSK menghadiri pula KURSUS GEOGEBRA DAN BENGKEL PEMURNIAAN ITEM PB MATEMATIK. Kursus yang berlangsung selama 2 hari ini juga bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran pensyarah terhadap penggunaan software GEOGEBRA yang akan digunakan dalam pembelajaran Matematik. Hari yang kedua diteruskan dengan Bengkel Pemurnian Item PB Matematik.

PROGRAM ORIENTASI KURSUS-KURSUS DI JPA DAN JMSK

TAJUK : PROGRAM ORIENTASI KURSUS-KURSUS DI JPA DAN JMSK

TARIKH : 1-2 MAC 2012

MASA : 8.30 PAGI - 5.00 PETANG



Bertempat di Dewan Kuliah Utama, PSP, semua staf JMSK telah menghadiri Kursus Orientasi Kurikulum Baharu JPA dan JMSK. Kursus ini telah berlangsung selama 2 hari dan panel khas dari Bahagian Kurikulum Jabatan Pengajian Politeknik, Putrajaya. Antaranya ialah Pn Yusma Yusoff, En. Yusni Mohamad Yushak, Pn Siti Fadzlina Mohamad Ali, Ust Muhd Nasir, Pn Nurshahiza, dan juga Cik Ooi Kien Bee.

Hari pertama program ini, pensyarah-penyarah didedahkan kepada Pengenalan OBE. Apa itu OBE?, ciri-ciri kurikulum OBE, bagaimana kurikulum OBE dibangunkan dan sebagainya. Jika dibandingkan dengan pengajaran tradisional, pensyarah hanya fikirkan apa yang hendak diajar tetapi dengan OBE pensyarah perlu fikirkan apa yang pelajar patut belajar dan apa yang akan dipelajari oleh pelajar.

Hari kedua pula Curriculum Alignment yang dipantau oleh Pn Siti Fadzlina Mohamad Ali.






Wednesday, March 21, 2012

kursus Graphing Calculator..

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Pada 5/12/2011 dan 6/12/2011 yang lepas staf JMSK telah mengikuti kursus Graphing Calculator anjuran ULPL. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pensyarah tentang fungsi serta tatacara penggunaan Graphing Calculator yang merupakan mesin kira-kira keluaran terbaru dari Texas instruments.

Kursus ini ternyata sangat bermanfaat kepada para pensyarah. Ini kerana ilmu yang di perolehi semasa kursus ini berjalan akan di gunakan untuk sesi pengajaran pada masa akan datang. Para pelajar politeknik pula dijangkakan bakal mengikut jejak langkah para pelajar daripada IPTA dan IPTS yang lain untuk menggunakan graphing calculator ini dalam sesi pembelajaran mereka tidak lama lagi.

Di antara fungsi terkini yang terdapat dalam calculator ini adalah penghasilan dan paparan graph daripada persamaan yang pengguna masukkan. Para pensyarah berpeluang untuk menggunakan dan mencuba sendiri banyak lagi fungsi yang terdapat dalam calculator ini.

Pensyarah dari Sunway college university telah di jemput khas untuk menerangkan tentang penggunaan graphing calculator ini. Beberapa keping gambar dan video turut di rakamkan semasa program ini berlangsung. Secara keseluruhannya, kursus ini telah mencapai matlamatnya.


Di antara gambar-gambar
sepanjang program berlangsung








editor bertugas melaporkan dari tempat kejadian,

sekian,
-min-