Thursday, January 26, 2012

TAHNIAH!!!

CONGRATULATIONS ON YOUR
NEW BORN BABY 
PN AZILINA & PN AZURANI!

Baby boy Pn Azilina


science explorace @ municipal / youth park

Do you still remember our outdoor programme last year? To anyone who not made it, do view these pictures, okay. Thanks.












teknik belajar matematik

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..




ok lah hari ni nak kongsi tips tentang teknik belajar matematik yg berkesan..harap dapat dimanfaat kan oleh semua pelajar..



1.Wujudkan minat dalam matematik walaupun tak pandai.. yang ni penting sbb kebanyakan pelajar yg memasuki politeknik tahap matematik adalah sederhana..jadi pelajar kena tanamkan dalam diri masing2 untuk minat pada subjek matematik tak kira la bidang aper yg diambil..

2.Kena buat banyak latihan. Matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membaca dan menghafalnya sahaja. Semakin banyak latihan yang kita buat, kita akan jadi semakin cekap.

3.Kena displin kerana matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan.

4.Perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang saya uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir? Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.

5.Azam yang kuat untuk berjaya dan menguasai matematik. Matematik ialah subjek yang seronok apabila anda minat dan mula menguasai. Anda akan puas hati dan paling gembira apabila Berjaya selesai masalah.



Siapa yang pandai matematik ia adalah pintar, Bukan sahaja bidang matematik sahaja tetapi bidang atau subjek lain, jika ia pandai matematik.



http://cpintrass.com/blog/pendidikan/teknik-belajar-matematik-berkesan/.html

copy from : norita ahmad

Wednesday, January 18, 2012

as busy as bee

DNS and DMT's lecturers are busy....