Thursday, January 14, 2010

Cabaran Matematik, Sains, Komputer dan Pengetahuan Am @PSIS

Berlangsung pada 23 November 2009, 3 orang pelajar PSP telah menyertai Cabaran Matematik, Sains, Komputer dan Pengetahuan Am Inter Politeknik (fuhh panjangnya nama) anjuran Politeknik Sultan Idris Shah. 



Peserta PSP terdiri daripada Chien Chee Wei, Tan Keang Aik dan Nur Asyikin Zainul Abidin, ketiga-tiganya dari JKM. Pemilihan pelajar dibuat berdasarkan saringan kuiz dan permainan komputer diperingkat PSP.

Cabaran ini terdiri daripada 2 kategori iaitu kuiz matematik, sains dan pengetahuan am serta permainan komputer 'bloxorz'. Kategori kuiz dijalankan secara bertulis dan Chien Chee Wei telah mendapat hadiah saguhati. Bagi kategori permainan komputer, ia dijalankan secara berkumpulan. PSP berjaya menyempurnakan 33 'level' permainan ini dalam masa terpantas dan sukar ditandingi iaitu 16 minit  49 saat tanpa sebarang kesilapan / kejatuhan blok.



Namun, terdapat sedikit kekeliruan dari segi kaedah pemarkahan di mana pihak urusetia memutuskan bahawa hanya bilangan langkah yang dikira dan kesilapan/kejatuhan blok tidak mendapat apa-apa penalti. Dengan itu, PSP terpaksa akur dengan keputusan tempat kedua bagi kategori permainan komputer 'bloxorz'.

Tahniah buat PSP!












No comments:

Post a Comment