Thursday, July 19, 2012

PROGRAM PENGUKUHAN PASUKAN JMSK



      Pada 10 Julai yang lepas Jabatan Matematik, Sains dan Komputer telah mengadakan Program Pengukuhan Pasukan yang bertempat di Taman Belia, Pulau Pinang hasil usaha keras kelab staf JMSK. Seramai 39 orang staf JMSK telah menyertai program ini. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan mewujudkan sikap kerjasama di antara staf JMSK. Program ini juga dapat menyihatkan badan dengan aktiviti luar yang di jalankan disamping dapat merehatkan minda.

      Seawal lapan pagi para peserta mula berkumpul di depan perkarangan JMSK dan tepat pukul 8.30 pagi semua perserta bertolak ke Taman Belia menaiki Bas PSP. Sarapan pagi di agihkan di dalam bas bagi menjimatkan masa di mana perjalanan ke Taman Belia mengambil masa selama hampir sejam.   

      Perlaksanaan program berjalan dengan lancar. Sejurus tiba dan memilih lokasi yang sesuai di Taman belia, 39 orang staf JMSK yang terlibat telah dibahagikan kepada 5 kumpulan yang terdiri daripada 8 orang peserta. Terdapat 6 aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program diadakan iaitu Rekacipta Maskot, Telefon Rosak, Cari Barang, Teka Gaya dan Quiz. Setiap peserta memberikan komitmen yang tinggi dan setiap aktiviti dijalankan dalam suasana yang meriah.

     Pada pukul 1.00 tengah hari, makan tengah hari sampai dan diagihkan kepada peserta. Selesai menjamu selera, agenda pada hari itu diteruskan lagi dengan misi melawat tapak pembinaan bangunan Politeknik Balik pulau yang sedang dalam proses pembinaan. Dalam perjalanan ke lokasi yang di tuju, bas berhenti seketika di masjid yang berdekatan untuk para peserta menunaikan solat zuhur. Selain itu, kelab Staf JMSK turut menyumbang dengan membelanjakan sedikit duit kelab untuk semua staf menikmati buah durian di gerai berdekatan tapak lawatan. Dalam pukul tiga petang rombongan sampai ke tempat yang di tuju. Rombongan staf JMSK bergerak pulak pada pukul empat petang dan sampai ke PSP kira-kira pukul lima petang.

      Secara Keseluruhannya Program ini telah Berjaya mencapai objektifnya. Para peserta mengambil peluang yang ada untuk bergembira dan melupakan seketika beban kerja di pejabat. Ianya juga sedikit sebanyak berjaya mengeratkan lagi silaturrahim dikalangan staf JMSK yang baru dan lama.

No comments:

Post a Comment