Thursday, March 29, 2012

Program Menuju Sinar Kecemerlangan.

pendaftaran

alhamdulillah, sambutan yang menggalakkan

kaunselor jemputan
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

    Pada 28 mac yang lalu, JMSK telah menganjurkan program motivasi yang di beri nama program menuju sinar kecemerlangan khusus untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan  yang rendah dalam ujian satu untuk subjek matematik dan  sains.

    Bertempat di Dewan Seri Mutiara Psp, kursus ini berjalan dari pukul tiga sehingga enam petang. Dua orang penceramah iaitu En. Harun bin Hj. Yaakub dan En. Khairul Anuar bin Ismail telah dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada pelajar. Program ini bermula dengan pendaftaran para pelajar seawal jam 2.30 petang sehingga jam 3 petang. Kemudian jam 3.00 petang penceramah pertama memulakan sesi di ikuti dengan penceramah kedua pada pukul 5.30 petang. Masa rehat selama 15 minit telah di peruntukkan di antara kedua-dua sesi untuk pelajar minum petang. Juadah makan malam juga disediakan untuk pelajar.

    Motivasi untuk belajar sangat perlu untuk pelajar meneruskan pengajian mereka.  Tanpa semangat dan motivasi yang tinggi, pelajar mengambil sikap sambil lewa dalam mengadapi pepeeriksaan seterusnya mendapat markah yang tidak memuaskan. Jika perkara ini berterusan para pelajar mungkin akan gagal dan mengadapi kemungkinan mengulang semula pengajian untuk subjek yang mereka ambil atau dibuang pengajian. Justeru program ini diadakan bertujuan untuk membantu menaikkan motivasi dan semangat para pelajar untuk memperbaiki prestasi mereka dalam pelajaran. Ini seterusnya membantu boleh mereka mendapat markah yang lagi baik untuk ujian yang seterusnya serta untuk peperiksaan akhir nanti.

    Pelbagai langkah telah diambil untuk menarik minat pelajar supaya datang ke program ini. Selain mewajibkan kedatangan mereka, juadah makan malam percuma berupa nasi ayam turut menjadi penggalak untuk mereka hadir. Selain itu markah PB sebanyak 5 peratus akan diberikan bagi mereka yang hadir manakala 5 peratus daripada markah PB akan dipotong bagi mereka yang tidak hadir.

    Secara keseluruhannya program ini telah berjalan dengan lancar. Walaupun masih terdapat pelajar yang tida hadir, namun masih ramai juga jumlah yang hadir. Di harapkan program ini dapat membantu pelajar bagi menghadapi peperiksaan akhir yang bakal tiba tidak lama lagi.  

Sekian laporan dari ajk bertugas.

No comments:

Post a Comment